Muhasabah pada diri..

Bissmillah, sewaktu berfikir untuk menulis di blog ini aku bermonolog sendirian fikirkan keadaan yang aku hadapi; kenapa sukar untuk memahami perasaan, diri, sahabat dan hadaf aku. Perkataan mudah untuk dilafazkan ‘FAHAM’, tapi praktikalnya hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang aku kerap dengar “kau tak faham aku”, “dia tu susah nak difahami”, “hish, tak faham aku” dan banyak lagi, sama ada aku bermonolog sendirian ataupun keluhan sahabatku.

Hidup ini penuh dengan kejutan sebenarnya, banyak yang kita tak faham pada mulanya dan akan kita fahaminya apabila kita cuba selami dan hayati sepenuh hati. “Give more to get more” atau “understand to be understood” di antara kata-kata yang aku pegang untuk mengharungi hidup dengan tabah. Bila kita sanggup bersabar untuk memahami sesuatu yang baik dengan niat ikhlas kerana Allah atau niat untuk perubahan, kita akan dapat semua yang kita kehendaki. Cume kuncinya bersabar dan ikhlaskan diri.

Kembali balik pada cerita aku, jadi penyelesaianya bila aku cuba tenangkan fikiran, banyak bertanya/mencari dan turunkan egoku baru aku tahu betapa mudahnya aku nak faham diri dan sahabatku. Malangnya bila aku sedari rupanya banyak lagi yang aku tak faham dan banyak lagi perlu aku pelajari untuk lebih memahami hadafku…

3 Responses to “Muhasabah pada diri..”

  1. barakallahu fikk…cabaran di syam masih dipermukaan…sesungguhnya walau apepun yg dihadapi di sana..ia adalah manis..belajar menerima selain berebut untuk memberi…cabaran di tanah air sukar nak digambarkan..hanya doa mmohon thabat…salam mujahadah dan teruskan jihad pena..moga sumbangan ini turut menjadi saham akhirat insyaAllah…teruskan berpena adik ku…

  2. salam ziarah ika…teruskan perjuangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: