Archive for November, 2010

Eid Adha kembali lagi… 1431h..

Posted in Monolog Dakwah on November 19, 2010 by akisyafiqah

Bandar Damascus yang bersebaran bau wangian dari kambing biri-biri (khoruf) yang sedang menunggu dirinya menjadi korban.. Hohoho..

Wangian yang akan sentiasa terbau-bau sepanjang hari selepas sekali hidu. Akan menjadi kenangan manis dan wangian yang akan dirindui kelak.. V(^o^)V

Peace of mind..

Posted in Monolog Dakwah on November 18, 2010 by akisyafiqah

Spritual dalam diri penting, bila spiritual kuat ianya dapat menguatkan emosi dan akal manusia. Pabila hati sentiasa bersamanya ketenangan akan datang dengan sendiri. Bersyukur kerana masih lagi berada di bawah lingkungan rahmat Nya.

Alhamdulillah telah berlalu 9 zulhijjah 1431h, puasa di hari nahal. Seronok tengok gelagat arab-arab yang sedang gembira bershopping. Sambil melihat gelaqat mereka aku terdengar alunan talbiah, ya Allah rindunya aku pada Haramain, pada Makkah dan Madinah. Betapa banyaknya sejarah saudara kita di dalam memperjuangkan agama yang kita sayangi dan banggai.

Segalanya bermula di bait arqam ibn al arqam sehingga ke pembukaan Makkah, tak akan berhenti sehinggalah musnahnya dunia ini.. Perjuangan mengajak manusia pada yang Maha Pencipta, menyebarkan islam yang syumul, mengajak kepada yang ma’ruf dan meninggalkan pada yang mungkar dan banyak lagi. Semua itu tak semudah kita membaca kisah-kisah dari kitab sirah nabi-nabi yang terdahulu, tak semudah kita bercerita kisah Nabi Ibrahim a.s yang mengorbankan anak kesayangnya Ismail a.s, tak semudah kita dengar apa yang dilalui oleh saudara kita di Palestine. Semua itu mudah kita ungkap menggunakan deria kita tapi bila direnung, hayati, nilai, fahami apa sebabnya sebenar mereka semua sanggup berusaha biarpun diuji dengan airmata, keluarga dan masyarakat tapi mereka masih lagi teguh dan sabar..

Amalan asas yang istiqomah serta keyakinan pada Allah dapat membantu kita berhadapan dengan semua ujian yang datang, sama ada ujian berupa berterusan seperti machine gun atau pun sebaliknya seperti cannon dapat kita tangani, biiznillah insyallah. Biar sedikit asalkan istiqomah seperti yang selalu kita dengar “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”.. Bina kekuatan daripada keyakinan..