Archive for October, 2020

Belajar dan mengajar??

Posted in Monolog Dakwah with tags , , , , , , , , , on October 18, 2020 by akisyafiqah

بسم الله الرحمن الرحيم…

Alhamdulillah, masih Allah panjangkan usia ini untuk meng’aktif’kan semula blog yang dah berdebu dan berabuk sudah dek kekangan serta kekurangan diri dalam menguruskan masa yang dipertanggungjawabkan ini.

Jadi kita sebagai hamba Allah yang beriman haruslah bersiap sediakan diri kerana kematian kita bila-bila masa, tidak kita ketahui masanya atau tempatnya pula. Seperti lagu nasyid indo yang biasa berlegaran dicorong-corong radio “Orang kaya mati, orang miskin mati
Raja-raja mati, rakyat biasa mati
Semua pergi menghadap Ilahi”.

Antara persediaan orang yang berilmu adalah berkongsi segala ilmu yang dipelajarinya secara umum atau secara khusus. Bergantung pada kemampuan dan masa masing-masing.

Pertamanya kita boleh mulakan dengan niat di dalam hati ilmu yang dipelajari itu untuk dikongsikan, dimanfaatkan dan diberkati. Seeloknya niat dibuat ketika sedang belajar ilmu tersebut jadi tak kiralah cara kita belajar itu di dalam kelas ataupun wasilah-wasilah lain.

Keduanya ilmu yang kita pelajari itu adakah ia bersesuaian dengan ajaran Islam? Undang-undang Islam? Pensyariatan Islam? Haruslah ilmu itu bermanfaat dan tidak bercanggah dengan Islam.

Ketiga, tidak perlu tunggu sudah penuh ilmu di dada baru ingin dikongsikan. Hidup kita pendek, kongsikan selagi mana boleh. Asalkan ada melakukan perkongsian. Lebih banyak memberi akan lebih banyak kita terima. Jangan bandingkan dirikan dengan orang, kerana cara kita terima sesuatu itu tidaklah sama. Allah Maha Mengetahui, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita ketika itu. Jadinya lebih baik kita berlumba-lumba mengejar untuk ganjaran pahala di sisi Allah.

Sesungguhnya tidak rugi kita berkongsi kerana mana tahu, itu bakal menjadi tiket kita ke Syurga kelak.