Archive for December, 2020

Ilmu peringatan

Posted in Monolog Dakwah on December 18, 2020 by akisyafiqah

Kata-kata Imam Ghazali:

Bahagia dunia dan bahagia akhirat

Celaka dunia bahagian akhirat

Celaka dunia celaka akhirat

Bahagia dunia celaka akhirat

Ada caranya..

Posted in Monolog Dakwah on December 15, 2020 by akisyafiqah

Bissmillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum.. Semoga diberkati usia anda dengan banyakkanya amalan dan sedeqah..

Suatu perkongsian yang penulis kerap buat tatkala diuji dan berhajat adalah perbanyakkan sedeqah..

Ketika mana diuji keimanan mula menurun, amalan yang sebelum ini suka dibuat tetapi diuji dengan sifat malas, suka bertangguh, gopoh dalam melalukan sesuatu, ada sifat takkabbur dan kerap mengikut kehendak hawa nafsu dalam kata lain termakab dengan was was syaitan.. Permusuhan yang kekal hingga ke Hari Qiamat..

Antara amalan yang sahabat baik penulis ajarkan ketika diawal usia remaja dahulu adalah :

Pertamanya haruslah kerap kali menghadirkan diri ke majlis ilmu-buat masa Covid19 ini bolehlah mendengar kuliah2 di Tv, Fb dan YouTube cuma pesanan penulis adalah carilah guru yang pegangannya itu betul-

Keduanya banyakkan mengaji atau meng’hadir’kan diri setiap kali dalam solat -iaitu cuba untuk hayati setiap bacaan Surah-Surah Lazim yang dibaca-

Ketiganya perbanyakkan zikir-zikir harian.. Dengan berzikirlah hati akan tenang dan senang..

Terkakhirnya keempat, adalah sedeqah.. Sedeqah tidaklah perlu dibuat ketika ada duit sahaja, malahan digalakkan bahkan lebih baik lagi diletakkan peruntukkan setiap bulan untuk sedeqah dan menabung..

Dihujung tirainya tahun 2020, semoga Allah angkat wabak pendemik Covid19.. AAAMEENN..