Archive for May, 2021

Raya pasca covid 2021

Posted in Monolog Dakwah on May 12, 2021 by akisyafiqah

Bismillah..

Selamat sudah ibadah puasa di bulan mulia ini, bulan Ramadhan 1442.

Sepanjang bulan ini, diuji sahabat andai dengan kehilangan yang tersayang, penyakit Covid-19, tekanan kerja, tekanan sara hidup menyumbang kepada tekanan perasaan.

Saya cuma dapat kongsikan amalan saya ketika stress dan tertekan iaitu HasbunaAllah waa ni’mal wakil(cukuplah bagiku Allah sebaik2 pendamping). bacalah sebanyak mungkin.. atau bacalah apa sahaja zikir yang terfikir diminda.

Kurangkan fikiran negative dan banyakkan bertawasul dengan Allah..

Ya Allah, terimalah segala amalan kami yang Baik/soleh..