Archive for the Bacaan Category

Dah jadi trend..

Posted in Bacaan, Monolog Dakwah on October 20, 2010 by akisyafiqah

Pada hari ini, aku telah bertanya pada seorang teman. Apakah purpose beliau? Kemudian beliau menjawab, untuk menulis 100 buah buku islam.. Mungkin soalanku itu terlalu umum, tapi pabila aku tanya bagaimanakah hubungan beliau dengan Allah lalu dijawab kadang-kadang ‘tertinggal’, ‘terlupa’ dan ‘tak buat’. Untuk mendetailkan apakah hubungan yang aku maksudkan mungkin akan membawa aib pada temanku itu, cukuplah aku memberitahu yang ia adalah benda yang pertama dihisab di akhirat kelak. Lalu aku pun terfikir, apa sebenarnya yang berlaku?? Purpose yang bagus, tapi jalan menuju ke arahnya agak berbeza. Mungkinkah kurang didikan, kefahaman atau suasana pembesaran yang begitu.

Untuk aku ceritakan secara menyeluruh memang akan panjang artikel ini jadi biarlah aku cerita sedikit demi sedikit. Kaitan antara apa yang aku ceritakan tadi dengan artikel ini adalah ‘salah faham seorang muslim pada agama islam’. Agama Islam, agama yang akan hidup dan tak lapuk dek zaman. Sebuah agama yang unik. Lengkap dari setiap sudut diantaranya; muamalat, perundangan, tarbiyah, ekonomi dan banyak lagi. Tapi sayangnya ramai umat islam yang masih di dalam kekeliruan. Seperti yang tertulis di muqaddimah buku Muhammad Qutb di bukunya yang bertajuk Salah faham terhadap Islam, “Di dalam dua abad yang lampau penjajahan Eropah mengancam dunia Islam. Inggeris memasuki negeri Mesir pada tahun 1882 berikutan dengan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Khidiwi Taufiq yang telah sanggup bekerjasama dengan penjajah untuk menghancurkan revolusi rakyat yang dipimpin oleh Urabi. Selepas itu Inggeris merasa perlu menjalankan satu polisi untuk memperkukuhkan kedudukannya di negeri-negeri Islam dan untuk menjamin keselamatan mereka dan ledakan semangat Islamiah yang mungkin tercetus pada suatu hari yang hampir. Di sini biar kita memberi peluãng kepada Tuan Gladstone Perdana Menteri lnggeris di zaman Queen Victoria menerangkan polisi itu dengan jelas dan terus terang. Beliau mengangkat al-Quran dan berkata kepada para anggota-anggota Parlimen Inggeris, “Selama kitab ini berada di tangan orang Mesir (Muslimin), maka selama itulah kita tidak akan menikmati keamanan di negeri itu.” Jadi, yang menjadi sasaran-sasaran polisi Inggeris ialah melemahkan ilmu agama Islam, mengikiskan kesuciannya pada hati penganut memusnahkan imejnya di dalam fikiran dan hati kecil mereka agar mereka keluar dan agama itu dan menjauhi diri dari undang-undang dan peraturannya, supaya dengan langkah demikian penjajah-penjajah Inggeris dapat bertapak kukuh di negeri itu. Demikianlah polisi yang dijalankan Inggeris di Mesir. Di samping itu Inggeris mengatur pula satu polisi pendidikan yang mengabaikan pengajian dan penjelasan tentang hakikat agama Islam. Apa yang diajar di sekolah-sekolah hanya ibadat ibadat, sembahyang-sembahyang, zikir-zikir dan ucapan-ucapan tasbih, tariqahtariqah sufi. Cara membaca Quran untuk mengambil berkat dan ajaran-ajaran akhlak secara teori saja. Penuntut-penuntut tidak pernah diajar tentang Islam sebagai satu sistem ekonomi dan sosial, sebagai satu sistem pemerintahan atau sebagai satu sistem pendidikan dan pengajaran atau sebagai satu cara hidup dan pemimpin kehidupan. Apa yang diajar kepada mereka ialah keraguan-keraguan dan kekeliruan-kekeliruan faham terhadap Islam yang diatur oleh para orientalis dan lain-lain pendokong-pendokong perjuangan salib dan Eropah. Mereka berbuat demikian agar umat Muslimin terkeliru dengan agama mereka sendiri dan agar politik penjajahan Inggeris yang keji itu terlaksana.

Wah betapa halusnya cara barat mengelirukan kita, umat Islam. Andainya kita sekadar duduk menerima segala yang kita dapat tanpa mengkaji, kita semua akan jadi seperti kebanyakan masyarakat sekarang. Bersikap dogmatik* tak kena tempat. Akhirnya semoga Allah kekalkan aku dan sahabat-sahabat sekalian thabat didalam iman ini dan semoga Allah memberi taufiq Nya kepadaku..

*  Dogmatik : berkeras memperjuangkan pandangan peribadinya tanpa menghiraukan bukti yang ada dan mempertimbangkan pandangan lain yang mungkin benar.