Update diri & kenali diri..

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur untuk berkongsi di blog ana yang tidak seberapa ini. Kehidupan ana dan antum sama, hidup kerana kitalah pemenang yang harus meneraju dunia ini, tetapi sejauh mana perancangan atau pelaksanaan juara-juara ini? jujur bagi ana kadangkala apa yang dilaksanakan kita agak lari sedikit dari perancangan asal yang dibuat, andai begitu janganlah putus asa atau berhenti merancang.

Setiap orang punyai tanggujawab, samaada dengan diri sendiri, keluarga atau agama Islam. Didalam era kehidupan moden kerap kita lalai dan lupa untuk mengupdate diri atau mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti ; Bagaimanakah kehidupanku pada hari ini, imanku? ibadahku? Sudahkah ku berkongsi ilmuku pada saudaraku? Ikhlaskah setiap amalanku pada hari ini? Bagaimana silaturrahimku dengan saudara-saudaraku? Apa khabar ibubapaku? Bilakah kali terakhir aku menziarahi ibubapaku? Bagaimana aku boleh berseronok dan gembira negaraku selamat dan negara saudara seIslamku di landa kesedihan, kelaparan, kesejukkan, kesakitan, kehilangan serta kesunyian dalam mengharungi pergolakkan negara (dari sudut ekonomi atau politik)? Sudahkah ku berdoa untuk keselamatan ahli keluargaku serta kaum muslimin dan muslimat?

Persoalan ini sebagai contoh sahaja, andai kita faham perasaan itu akan hadir sendiri tanpa perlu kita persoalkan. Kehidupan kita sementara sahaja, akhirat jua yang kekal abadi. Jadilah manusia yang mampu menangis apabila melihat saudaranya mengalirkan airmata, jadilah manusia yang mampu meringankan beban saudaranya, jadilah manusia yang memberi kebahagian kepada saudaranya, jadilah penyabar demi kecintaanNYA, jadilah redha serta kuat berusaha demi rezekiNYA, jadilah manusia yang memanfaatkan saudaranya.

Akhir kalam dari ana, andai kita memahami erti setiap ayat yang kita baca dari al-Quran, badan akan menggeletar ketakutan, mata akan mengalirkanĀ  airmata dengan sendiri dan diri akan kembali padaNYA. Peringatan yang jelas nyata diberi. Kita diberi pilihan untuk memilih cara hidup kita.

Leave a comment